Thursday 27 November 2014

JTX 5000






Terima kasih pada En Sham dari MOF Putrajaya, sempat jumpa beliau semalam deliver minyak yang beliau tempah iaitu JTX 5000. Apa pulak JTX 5000?








JTX 5000 Concentrated Oil






APA ITU JTX5000

JTX5000 additive @ Ibu minyak yang memenangi sijil anugerah SUPERBRAND dan ISO 9001. Sungguhpun pada RPM berterusan yang tinggi dan tekanan yang "EXTREME" JTX 5000 membantu menjadikan enjin anda tetap dalam keadaa stabil. Rumusan "ADVANCED" yang direka untuk prestasi yang menakjubkan dan perlindungan menyeluruh yng boleh digunakan pada enjin Kereta, Motorsikal, Kenderaan berat dan juga Kenderaan Marin.

Biasanya digunakan pada kereta @ motor yang masih under warranty so if campur sedikit dalam enjin ni tiada merosakkan warranty kenderaan tersebut.

CIRI-CIRI MINYAK JTX 5000

Sebagai Oil Treatment untuk enjin kesayangan anda.
Minyak pelincir yg dijaminkan kualiti dengan SIJIL ISO9001.
Dapat memberi kuasa pelinciran yang mampu menahan tekanan lampau serta mencegah kehausan pada enjin.
Dapat mengurangkan geseran permukaan enjin.
Melindungi enjin dan anti geseran.
Operasi enjin yang lebih sunyi dan lancar (sangat sesuai motor guna klac ).
Mengurangkan kos penyelenggaraan.
Mengurangkan suhu semasa perjalanan. ( radiator kurang panas ).
Mengurangkan penggunaan bahan bakar.
Meningkatkan kuasa enjin.
Membekalkan pelinciran yang menahan tekanan tinggi.



CARA PENGGUNAAN :

Terus tuang 10ml JTX5000 (xsemestinya 10ml je..lebih pun xpe..lagi bagus performance enjin)..ke dalam enjin yang sedia ada (800ml - 1liter)..
Cara paling terbaik..,campur 10ml JTX5000 dalam minyak enjin yang baru..goncang sesedap rasa terus tuang isi dalam enjin...
Untuk 2 strok pun boleh guna..xde masalah...goncang campur kat luar enjin dulu untuk dapatkan sebatian yang terbaik..






1 botol = 250ml = RM 124







SAYANG KERETA ANDA.???

SAYANG ENJIN KERETA ANDA... ??

SILA HUBUNGI





Ahmadjtx

019-3880698




Wednesday 26 November 2014

SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KENDERAAN


Ramai yang tertanya-tanya pasal kegunaan minyak hitam JTX ni...boleh ke pakai pada keta?motor?lori? dan bermacam-macam lagi la...

Untuk pengetahuan pada semua pembaca minyak JTX ni semua jenis kenderaan boleh di gunakan termasuk lori. Biar betul?



hah..tak percaya?..



Semalam saya ada poss di face book saya https://www.facebook.com/profile.php?id=100004210577296
(Ahmad jtx) pasal saya inform pada semua yang rasa ragu-ragu untuk menggunakan minyak ni saya suggest untuk mereka mencuba dahulu pada motor. When dah ok boleh la mencubanya pulak pada kereta.

Alhamdulillah, ramai yang respond. Bertalu-talu masuk wassap n inbox FB saya, dari Johor, P.Pinang, Sabah dan juga sekitar Lembah Klang sini.

Semalam sempat ke Putrajaya menghantar minyak pada customer En Firdaus. Tahniah En Firdaus!.


En Firdaus

Tak sangka IOI City Mall di putrajaya dah bukak rupanya, boleh dikatakan setiap minggu lalu di premis tersebut. Dah mula bukak pada 20 Nov 2014. baru sahaja beberapa hari.

Hari ni pulak baru terima duit customer dari johor. Berminat nak mencuba pada kereta beliau siap beli JTX1000 Gold 2 botol. Esok I.Allah saya akan poss kan.


Terima kasih pada semua....Segala Puji Hanya Pada Allah...


Pada yang di luar sana yang nak mencuba jangan segan-segan untuk menghubungi saya.


Ahmadjtx
019-3880698
ahmadjtx1000@gmail.com

Monday 24 November 2014

LAGI TESTIMONI PENGGUNA JTX 1000


Pepatah Melayu ada menyebut..."Belum Cuba Belum Tau"
Pepatah Arab pula menyebut.. "Cuba Baru Tau"...

Ini adalah testimoni pengguna JTX 1000. Feedback yang bagus.


Mereka diluar sana boleh la untuk mencuba. Sekiranya takut-takut so cuba dulu pada motorsikal. Macam saya dulu sama jugak awalnya try kat motosikal.



Ahmadjtx
019-3880698
ahmadjtx1000@gmail.com



Thursday 20 November 2014

BASUH ENJIN KERETA?



SIAPA yang tidak suka melihat kereta berkilat? Pasti semua bersetuju dengan kenyataan itu. Sememangnya kereta berkilat apabila dibasuh menyelesakan mata kita. Tapi adakah ia bagus terhadap kereta ataupun komponen kereta kita? Mari kita kupas sedikit isu ini.


Tips: Basuh Enjin Kereta

Sebenarnya penggunaan air terhadap enjin boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Masa kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian khas. Semburkan sahaja bahan berkenaan di tempat yang perlu dan biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlulah diberi perhatian dan dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana ia boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan berlakunya litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi perlu hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri.

Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga pastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan perlu memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, iaitu elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika sedar ada minyak pelincir bocor, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.


Elakkan sabun basuh

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir  menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Biasanya minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, kadangkala anda sebenarnya 'membantu' memajukan perniagaan mereka.

Jika bersihkan bahagian luar pula lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci. Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur pada kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam.

Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, guna kain bersih basah. Penggunaan kain kering boleh sebabkan calar atau goresan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Jika basuh gunakan sabun, jangan biarkan sabun terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, keringkan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

Sumber

Monday 17 November 2014

KOD-KOD YANG TERDAPAT PADA MINYAK JTX



Jom kita terjah apa kod-kod yang ada pada minyak JTX ini…..






Terdapat kod-kod yang pengguna boleh lihat di label botol minyak enjin ;

API SM/CF
            API= American petroleum Institute( Mereka yang mementukan
            gred minyak)

SM
            S= Spark(digunakan untuk kenderaan petrol)
            M= Gred yang diberikan(Abjad yang lebih tinggi bermaksud
            gred yang lebih baik)

            Gred N adalah gred yang tertinggi pada masa sekarang.

CF      
             C= Combustion ( digunakan untuk kenderaan diesel)
            M= Gred yang diberikan(Abjad yang lebih tinggi bermaksud
                   gred yang lebih baik)

                  Gred I adalah gred yang tertinggi pada masa sekarang.

SM/CF
Minyak multi-grade. Boleh digunakan untuk petrol mahupun diesel.(lebih baik untuk petrol)

CF/SM
Minyak multi-grade. Boleh digunakan untuk petrol mahupun diesel.(lebih baik untuk diesel)


Oleh itu sebagai pengguna, setelah kita mengetahui jenis minyak yang digunakan maka pengguna dapat menilai sama ada harga adalah berpatutan atau tidak. Perbezaan utama harga minyak bukan terletak pada jenama tetapi pada gred dan jenis minyak.

kini JTX adalah salah satu Gred yang tinggi dan terkini dan juga formula yang sangat bagus kerana JTX adalah satu-satunya Minyak Mineral yang menggunakan Formula terbaru yang lebih Hebat dari Fully Syntetic yang pernah di lancarkan di Malaysia.


Is Not About A Price,Is Quality We Need

Call me Ahmad: 019-388 0698 (whatsapp)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...